Inspirasi Ejen: Kak Yah Global (Kyg) Terus Melonjak Maju Bersama Dag!

By Designer - October 18, 2017




Bagi pengikut setia Das Abdul Global, nama Kak Yah Global (KYG) bukan lagi nama yang asing kerana KYG ini antara kelompok ejen DAGTM yang gah dan sering di’tag’ dalam page Facebook Das Abdul Global. 






Perkembangan KYG yang menggalakkan ini diketuai pengasasnya, Puan Raja Izni Munirah Omar, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yah. Baru-baru ini, ada khabar gembira yang berjaya menarik perhatian kami untuk menemubual beliau secara eksklusif. 
Kata orang, tokoh-tokoh berjaya ini selalunya orang-orang biasa juga. Namun tindakan mereka yang LUAR BIASA, selalu memberikan mereka hasil yang UNIK dan GEMPAK!

Nak tahu apa yang menarik? Jom ikuti kami dalam hasil temubual yang amat menginspirasi ini! 


Nama : Raja Izni Munirah Omar @ Kak YahTeam  : Kak Yah Global (KYG)Tempoh Penglibatan  : Sept hingga Disember 2016 (Sehingga entri ini ditulis, beliau masih aktif memasarkan produk-produk DAGTM)

DAGTM : Macam mana Kak Yah boleh terjebak dalam urusniaga bantal ni? Dah berapa lama Kak Yah terlibat sebagai ejen? Berapakah bilangan ejen di bawah naungan Kak Yah Global (KYG) 


Pada mulanya Kak Yah dapat tahu tentang bantal hotel DAGTM dari posting Kaklong Nuzula di FB beliau. Selama sebulan Kak Yah tengok sahaja tanpa berbuat apa kerana Kak Yah fikir jual bantal satu perkara yang susah dan rumit kerana ianya benda baru bagi Kak Yah. 
Tambah lagi, agak susah untuk membuat penghantaran pada pelanggan kerana fizikalnya besar. Kosnya mungkin mahal. Namun, setelah banyak kali melihat kesungguhan Kaklong Nuzula bercerita tentang kelarisan bantal hotel DAGTM, Kak Yah fikir, apa salahnya kalau Kak Yah cuba jual. 
Modal tidak menjadi masalah bagi Kak Yah kerana untuk menjadi ejen hanya memerlukan RM1000 lebih. Teringat pesan Puan Ainon, untuk mulakan perniagaan jangan guna modal lebih RM2000. Jadi Kak Yah bertambah yakin. 
Selepas rasa hati membuak-buak untuk terjebak dengan jualan bantal hotel DAGTM, Kak Yah nyatakan hasrat Kak Yah pada emak yang berada di kampung. Emak Kak Yah seorang ahli perniagaan di Kota Bharu. Beliau lebih arif tentang bisnes jadi beliaulah tempat untuk Kak Yah buat rujukan terlebih dahulu. Beliau bagi sokongan sepenuhnya. Katanya,
“Bantal tidak akan basi. Boleh simpan stok jika tidak laku. Selagi ada waktu malam, selagi ada orang tidur, selagi itulah bantal boleh dijual.”
Dengan sokongan dari emak, persetujuan dari suami Kak Yah, Abe Wea; Kak Yah mulakan bisnes bantal hotel DAGTM pada bulan September 2016. Alhamdulillah setakat ni ejen di bawah Kak Yah mencecah 40 orang. Tak termasuk sub-ejen dan dropshipper.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments