TUAN DAS ABDUL |
Siapa kata? Meh nak cerita kenapa saya jual bantal.
Saya bukan kaki shopping. Tapi sekali saya beli barang, beratus juga harganya.
Kasut kulit yang suami belikan 4 tahun lalu masih seronok saya pakai, elok rapi dan tak terjejas. Berkeping-keping note RM50 suami bayarkan, masih utuh dan cantik walaupun bertahun-tahun memakainya. Itulah kasut berjalan, itulah kasut raya, kadang-kadang juga kasut ke pejabat.
Saya cuma ada 2-3 pasang kasut. Salah satunya kasut bernilai RMxx, berjalan jauh sikit - tapak kaki mula berbisa, tak sampai setahun guna dah tercabut tapaknya.
Saya membeli-belah ikut keperluan, dan saya tak lokek berbelanja apabila NILAI dan KUALITI barang yang jadi taruhan.
Soal kualiti, saya cerewet, cukup memilih.
Jenama? Bukan simbol status yang saya gilakan.
.
Masuk cerita pasal bantal, saya memang peminat tegar bantal hotel. Kalau bercuti atau dapat ikut ayah/mama outstation kecil-kecil dahulu, terus lompat ke atas katil dan conquer semua bantal yang ada di bilik hotel.
Di rumah, macam-macam jenama dan jenis bantal kami ada. Tapi belum pernah saya jumpa bantal yang sama rasa dan 'feel' dengan bantal-bantal di hotel.
.
Apabila #BantalHotelDAG™ mula masuk ke pasaran Malaysia, laris betul jualannya. Saya cari-cari review dan testimoni pelanggan terhadap bantal hotel tersebut.